Sunday, May 01, 2016
MENGAGUMKAN! LELAKI INI AJAR ANAKNYA BERJALAN 540KM GUNA ROLLERBLADE UNTUK MEMAHAMI ERTI KEPAYAHAN
Posted by Unknown on Sunday, May 01, 2016 in LUAR BIASA | Comments : 0
Betul. Hidup ini bukan mudah. Semakin meningkat usia kita semakin banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh dan semua itu menjadikan kita seorang yang lebih matang.
Untuk mengajar anaknya berusia 4 tahun tentang erti hidup, seorang pemandu lori berusia 39 tahun, Zhang membawa anaknya berjalan menggunakan rollerblade sejauh 540km dari bandar Puyang, Henan ke Beijing.
Setiap hari mereka berdua akan mula berjalan seawal jam 8 pagi dan akan berhenti menjelang malam. Setiap satu jam mereka akan berhenti untuk makan dan berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan.
Zhang akan mengambil gambar anaknya setiap kali mereka sampai ke bandar baru. Keseluruhannya, hampir 600 keping gambar di ambil. Sampai sahaja di Beijing selepas 14 hari, Zhang memberi ganjaran dengan membawa anaknya pergi ke setiap muzium yang anda.
“Walaupun anak saya banyak kali menangis, tapi dia tak pernah berputus asa. Itulah tujuan pengembaraan ini. Mengajar anak saya untuk sentiasa tabah dalam hidup.”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment