TERKINI

Saturday, March 19, 2016

MULIANYA! KISAH BENAR KUCING-KUCING DAN BURUNG-BURUNG MENUNGGU LELAKI TUA INI


Bukan manusia je yang hidup di muka bumi ni tapi banyak lagi makhluk bernyawa yang sama berkongsi tempat dan makanan dengan kita. Memang kita dah dididik dari kecil untuk berbuat kebaikan sesama kita.

Selama hampir setahun seorang kakak ni mencari dan menunggu siapakah gerangan insan mulia yang ditunggu-tunggu oleh kucing-kucing dan burung-burung di kawasan Kipmart Masai, Johor akhirnya terungkai juga apabila kelihatan seorang lelaki tua berbangsa India yang dikenali sebagai Uncle Gunamani datang membawa makanan kepada mereka.

Uncle Gunamani yang berumur 76 tahun sudah 25 tahun datang membawa makanan untuk haiwan ini setiap 6.30 petang dan 11 malam. Bukan sahaja di kawasan Masai, tetapi juga di Sri Alam, Plentong, Taman Pasir Putih, Nusa Damai dan banyak lagi hinggakan haiwan yang menunggu makanan mencecah hampir 30000 ekor.

Beliau seorang pembekal sayuran di pasar-pasar. Jadi, selesai kerjanya beliau akan penuhkan bakul motornya dengan kepala ayam dan isi perut ayam yang berjumlah hampir RM2000 setiap bulan untuk diberi kepada haiwan tersebut.

Mulianya hati uncle ni kan? Tak rugi kita sebagai manusia untuk berbakti kepada makhluk lain. Mana tahu lain hari haiwan ni boleh tolong kita pula. Tak mustahil.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes