Semua orang pasti inginkan kulit yang bersih dan halus. Tetapi kehadiran bintik hitam dan liang roma yang besar membuat anda merasa tidak selesa dan tidak yakin dengan wajah sendiri. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa bintik-bintik hitam ini hanya mampu dibuang dengan mendapatkan rawatan khusus yang mahal harganya. Tetapi disini kami ingin kongsikan cara untuk menghilangkan bintik hitam dengan mudah tanpa memerlukan kos yang banyak.
1. Campurkan bahan – bahan yang diperlukan.
Campurkan serbuk gelatin dan susu dengan sukatan yang sama banyak. Anda juga boleh campurkan sedikit madu kedalam adunan tersebut.
2. Panaskan ke dalam microwave.
Panaskan adunan tadi ke dalam microwave selama 10-15 saat.
3. Sapukan pada wajah
Ratakan diseluruh wajah anda terutamanya bahagian yang mempunyai bintik hitam dan biarkan selama 10 minit (hingga kering).
4. Kopek dan bersihkan
Pastikan lapisan mask anda betul – betul kering sebelum iainya ditanggalkan. Ulang rawatan ini seminggu dua kali untuk memastikan wajah anda terjaga supaya kekal cantik dan berseri.
Selamat mencuba!
Post a Comment