TERKINI

Saturday, May 14, 2016

MENGEJUTKAN! PELAJAR GUNA CERMIN MATA KAMERA ALA MISSION IMPOSSIBLE UNTUK MENIRU


Ijazah perubatan sangat dipandang tinggi di Thailand kerana pemegangnya boleh mendapat gaji yang sangat tinggi jika bekerja di hospital swasta. Tambahan pula, Thailand merupakan hab perubatan yang paling terkenal di dunia.

Disebabkan itu, salah seorang pelajar di kolej perubatan terkemuka Thailand sanggup menipu dan meniru semasa ujian menggunakan cermin mata sama seperti dalam filem Mission Impossible.

Kamera ala perisik ini dihubungkan dengan jam pintar untuk membolehkan mereka meniru semasa peperiksaan.

Rektor Universiti Rangsit, Arthit Ourairat memuat naik gambar peralatan berteknologi tinggi itu di akaun Facebooknya lewat kelmarin, dan mengumumkan peperiksaan kemasukan terpaksa dibatalkan selepas cubaan meniru itu terbongkar.

Tiga orang pelajar kaya menggunakan kamera tanpa wayar tersebut yang dipasang pada rangkanya untuk menyalurkan imej kepada sekumpulan orang yang belum dinamakan. Kemudian mereka akan menghantar jawapan menerusi jam pintar yang dipakai pelajar.

Harga yang perlu dibayar bagi setiap seorang adalah 800,000 baht (RM 91, 500). Tak mustahil lah hanya mereka yang kaya sahaja mampu berbuat sedemikian.




Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes