TERKINI

Monday, May 16, 2016

MENGEJUTKAN! KUCING INI TERSESAT KE DALAM SANGKAR ZOO DAN MENJADI KAWAN BAIK KEPADA LYNX


Satu peristiwa yang sangat menyentuh perasaan apabila seekor kucing sesat telah menyelinap masuk ke Leningrad Zoo St Petersburg, zoo yang tertua di Rusia untuk mencari makanan dan tempat berteduh.

Namun ia berakhir dengan penemuan rakan dan habitat baru yang jauh lebih baik.

Kucing yang kehilangan tempat tinggal ini telah masuk ke kurungan lynx. Tentunya, saiz fizikal lynx jauh lebih besar dari kucing tersebut. Tapi, apa yang mengejutkan, kedua-duanya menjadi kawan baik.

Pihak zoo memutuskan untuk membiarkan kucing sesat itu tinggal bersama lynx di dalam sangkarnya kerana terharu melihat keakraban mereka.






Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes