TERKINI

Sunday, May 01, 2016

MENGAGUMKAN! WANITA INI BERJAYA MEMBUAT PENDUDUK CHINA BERATUR BERJAM-JAM UNTUK MEMBELI KARIPAP


Bangganya bila semakin ramai rakyat Malaysia yang berani mengambil risiko membawa makanan Malaysia ke luar negara. Kalau sebelum ni kita ada Nasi Lemak Paris, kali ini kita ada karipap dari The Mamak Stall di Nanning, China.

Gadis berusia 30 tahun, Huang Xin Yi yang berasal dari Johor Bahru sebelum ini bekerja di Singapura selama 3 tahun sebelum memulakan perniagaan makanannya di China.

Menurutnya minat berniaga telah lama ada sejak di universiti lagi. Jadi, 3 tahun kerjayanya dalam perbankan dia berjaya mengumpul RM 90,000 dan pergi ke China untuk memulakan perniagaan karipapnya.




Memilih nama The Mamak Stall, sebagai nama ‘common’ rakyat Malaysia yang suka melepak di mamak, karipapnya hanya dijual sebanyak 100 biji sehari. Ini membuatkan orang sanggup beratur selama berjam-jam supaya tak terlepas peluang untuk merasai karipap istimewa dari Malaysia ini.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes