TERKINI

Friday, May 13, 2016

MENGAGUMKAN! LELAKI INI MENYIMPAN DUIT SYILING 50 SEN DI DALAM TONG SAMPAH BESAR


Jika sewaktu kita kecil, ibu bapa pasti ada mengajar anda untuk menabung. Pelbagai jenis tabung yang anda dapat atau pun beli. Selalunya duit sepuluh sen tetapi sekarang ada yang menabung duit kertas seperti duit seringgit. Tidak kurang juga yang menabung duit syiling seperti dua puluh sen ataupun lima puluh sen.

Sebenarnya terserah kepada diri masing-masing. Menabung seperti itu memang bagus kerana kita boleh lihat sendiri usaha kita sendiri daripada sekeping jadi berpuluh keping. Samada selepas itu anda masuk ke tempat yang selamat atau membeli barang keperluan anda, itu semua atas fikiran anda.

Apa yang ingin kami kongsikan ialah, seorang lelaki telah mengumpul duit syiling lima puluh sen dalam bekas tong sampah. Bukan bekas yang kecil ya, tetapi besar dan tinggi. Bayangkan berapa lama dia kumpul duit tersebut? Sudah tinggi dan banyak! Sangat wow!



Anda bila lagi mahu menabung seperti lelaki ini? Tahniah kerana anda berjaya membuktikan mengumpul walaupun duit syling, lama-lama banyak juga. Seperti kata peribahasa kita, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nah ini buktinya!

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes