TERKINI

Sunday, May 01, 2016

MENARIK! KETAHUI RAHSIA BAGAIMANA UNTUK ELAK UBAN TUMBUH DI RAMBUT ANDA!


Salah satu perkara yang menakutkan bagi wanita apabila rabun beruban. Tidak kiralah anda tidak bertudung mahupun bertudung. Apabila beruban sedikit sebanyak akan rasa diri sudah berumur sedangkan yang muda ada juga rambut beruban. Ada juga diantara kita yang mewarnakan rambut seperti menggunakan inai. Sebenarnya ada cara untuk mencegah daripada rambut beruban. Anda boleh makan makanan yang berkhasiat dan membantu mengelakkan uban tumbuh.

Sayuran hijau


Tahukah anda kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B12? Ini untuk menghasilkan sel darah merah yang mana berfungsi membawa oksigen serta nutrisi. Jadi anda dinasihatkan mengambil sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B.

Coklat


Coklat menghasilkan melanin iaitu sumber warna rambut. Selain itu, kacang dal dan cendawan juga mempunyai zat yang sama.

Salmon


Unsur selenium dalam ikan salmon membantu menghasilkan hormin yang penting bagi rambut. Jadi, jom makan ikan salmon selalu.

Strawberi


Buah-buahan jenis beri seperti strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C yang menghasilkan kolagen.

Almond


Almond mempunyai khasiat vitamin E jadi sesuai untuk rambut dan juga bagus menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes