TERKINI

Saturday, April 09, 2016

MENARIK! LELAKI INI MENCIPTA ROBOT YANG MENYERUPAI SCARLETT JOHANSSON


Bukan senang nak cipta satu robot yang menyerupai manusia tetapi seorang lelaki dari Hong Kong berjaya mencipta robot Scarlett Johansson yang akan mengenyitkan mata dan ketawa apabila dipuji comel. Amboi. 

Ricky Ma yang memang gemar menonton kartun dan filem animasi sudah lama mengimpikan untuk mencipta robotnya sendiri. Pada umur 42 tahun dan selepas setahun setengah bertungkus lumus, akhirnya dia berjaya juga. 

Robot yang diberi nama Mark 1 ini menelan belanja sebanyak RM 194, 797 untuk disiapkan. Walaupun menyerupai pelakon Hollywood tersebut tapi dia enggan menamakannya Scarlett. 

Paling menarik sekali robot tersebut memberi reaksi apabila diarahkan menggunakan lisan dari mikrofon. 

Selain pergerakan mudah lengan dan kaki, memusingkan kepala dan menunduk, robot ciptaan Ma dengan rambut berwarna perang, bercelak mata serta memakai skirt kelabu dan blaus, juga boleh membuat mimik muka.

Jika dipuji, kening dan otot di sekitar mata dan hujung bibirnya akan membentuk seolah dia tersenyum dan akan berkata, “Terima kasih.”

Ingat, tak ada yang mustahil di dunia ini jika kita berusaha dan yakin dengan diri kita. 



Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes