TERKINI

Thursday, March 03, 2016

MENCANTIKKAN! 5 JENIS MAKANAN YANG MAMPU PUTIHKAN KULIT ANDA!


Pelbagai produk di pasaran yang menarik golongan pembeli untuk memutihkan kulit mereka.

Dari set kecantikan kepada pelabagi jenis kolagen, semua ini adalah produk yang bakal menarik minat individu yang ingin cantikkan kulit.

Tapi tahukah anda bahawa kulit kita sebenarnya tidaklah sangat memerlukan kesemua produk yang mengeluarkan kos yang tinggi ini.

Mudah sahaja jika amalkan makanan yang secara semulajadi akan memberi kesan kepada kesihatan kulit anda.

Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli segala set kecantikan, cukuplah anda berkunjung ke Tesco dan singgahlah di bahagian yang menjual sayuran dan buah-buahan.

Dan disitu anda akan dapati segala 'set kecantikan' yang mampu mencerahkan kulit secara semulajadi.

Di bawah memetik dari sebuah Portal Saja Kongsi ada menyiarkan beberapa jenis makanan yang anda patut amalkan untuk kesihatana kulit.

Kepada kaum wanita yang masih lagi tercari-cari bagaimanakah tips untuk memutihkan kulit, untuk kelihatan gebu, anda wajib baca entri di bawah.

1. Buah Kiwi



Buah kiwi adalah salah satu buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin secara semulajadi mampu melindungi kulit daripada degenarasi sel-sel kulit, disamping itu, buah ini juga berfungsi untuk membaiki warna pada kulit anda.

Ia juga dapat mengurangkan bintik hitam dan kesan jerawat yang sekian lama sebati pada kulit kita.

2. Buah Betik


Secara semulajadi, betik amat baik untuk sitem penghadaman. Bagi mereka yang mengalami masalah sukar buang air besar atau dalam konteks mengalami masalah sembelit, betik adalah jalan penyelesaiaannya.

Betik secara saintifik kaya dengan vitamin A dan enzim. Berfungsi untuk membuang segala sel-sel kulit mati sekaligus merawat dan mencerahkan kulit.

Amalkanlah selalu makan betik agar kulit anda terhindar dari masalah kulit kering.

Amalkanlah minum teh hijau jika anda inginkan awet muda. Teh hijau mempunyai antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Radikal bebas di dalam bada adalah punca kepada masalah penuaan.

3. Teh Hijau


Teh hijau amat baik untuk sistem pencernaan. Amalkan sebagai pengganti kafein jika anda bercadang untuk diet, kerana teh hijau terbukti dapat menyingkirkan segala sisa makanan yang sekian lama tersangkut di usus.

Minum 2 kali sehari, pada waktu pagi dan sebelum tidur. Diingat, minum teh hijau tanpa gula!

4. Salad Hijau



Salad hijau mahupun segala jenis sayuran lain adalah kaya dengan serat dan antioksidan.

Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan kulit disamping kekal langsing, amalan memakan salad adalah salah satu pilihan yang baik.

Tidak perlu fokus pada salad sahaja, amalkanlah segala jenis sayuran yang lain dan anda dapat lihat perubahan pada kesihatan tubuh.

5. Ikan



Berita baik bagi pengamal diet ikan! Ikan kaya dengan protein, bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi protein, ikan adalah pilihan yang terbaik. Kandungannya yang tinggi protein dan kurang lemak serta 0 peratus karbohidrat ini akan membuatkan kulit mereka yang mengamalkannya akan jadi lebih sihat dan kandungan Omega-3 didalamnya akan melindungi kulit dari UV berbahaya yang menjadi punca kepada kulit gelap.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes