TERKINI

Thursday, March 31, 2016

MENARIK! TUJUH PETUA ELAK SERANGAN SEMUT PADA MAKANAN!


Semua suka makanan terutamanya yang manis. Pantang biar makanan terdedah sikit pasti laju je semut datang untuk hurung makanan tersebut. Macam-macam cara guna untuk elakkan semut tapi tak juga berhasil kan?

Apa kata anda cuba cara yang kami kongsikan ni. Mana tahu lepas ni selamat lah makanan anda daripada dihurung semut.

1. Kapur
Tabur serbuk kapur di hadapan pintu masuk rumah anda kerana semut alah pada calcium carbonate yang ada dalam kapur.

2. Tepung
Tabur sahaja tepung di sekeliling bahagian dapur atau mana-mana dinding dapur yang menjadi laluan semut sebab semut tak akan melalui arah yang dihalang dengan tepung.

3. Serbuk lada hitam
Tabur serbuk lada hitam di sekitar dapur, pasti semut dah tak berada dekat.

4. Air
Cara ni mungkin dah ramai yang guna. Terutamanya bekas susu yang sudah disedikan bekas air dikelilingnya untuk mengelakkan semut. 

5. Garam
Garam bukan sahaja boleh melindungi rumah daripada binatang berbisa seperti lipan dan ular tetapi juga boleh elakkan daripada makanan didekati semut.

6. Herba dan rempah
Letakkan kayu manis atau bunga cengkih di sekitar balang makanan di rumah anda. Atau letakkan saja dalam kabinet dapur.

7. Cuka
Campurkan air dan cuka dalam satu botol. Kemudia tuang campuran tersebut di bahagian laluan semut atau busut semut. 

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes