TERKINI

Friday, March 11, 2016

JAWATAN KOSONG: TEMUDUGA UNTUK 1 KEKOSONGAN JAWATAN DI JABATAN PERANGKAAN NEGERI SELANGOR


Temuduga terbuka di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Mac 2016. Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk hadirkan diri dalam temuduga terbuka sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

1) PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Tarikh : 30 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang 
Tempat : Pusat JobsMalaysia Pelabuhan Klang
Persiaran Raja Muda Musa
42000 Pelabuhan Klang 

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
GAJI : RM 54 SEHARI

SYARAT KELAYAKAN :
• SPM dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Matematik
• Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri; dan
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

***SILA BAWA 2 KEPING GAMBAR PASPORT, SALINAN K/P, SALINAN SIJIL DAN SIJIL ASAL SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA***

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat JobsMalaysia Pelabuhan Klang di talian 03-31656555 / 03-31651541

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Berita Impak Semasa. Designed by OddThemes